Jumaat, 22 Februari 2013

Citer 2

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Lawak ajoi 2

Ajoi: “Nak, tolong keluar dan siram pokok bunga kat luar tu..!”

Anak Ajoi: “Tapi ni tengah hujan lebat ni pak!”

Ajoi:”Pakailah baju hujan…”

Lawak ajoi 3

Semasa dari JB ke KL, Ajoi menaiki sebuah bas dua tingkat. Inilah kali pertama dia naik bas dua tingkat. Setelah bertanya ini-itu pada penumpang lain, akhirnya dia memberanikan diri untuk duduk di tingkat atas bus itu. Namun tak lama kemudian ia turun dengan tergopoh-gopoh.
“Mengapa ko tak duduk saja di atas?”, tanya seorang penumpang.
“kau gila apa?! Kat atas takde pemandu doh!”, jawab Ajoi.